Quantcast
Channel: Terfaktab » Products
Viewing all articles
Browse latest Browse all 5

Ragut (Filem Pendek)

$
0
0

Arahan: Hakim Salleh

Skrip: Ulii Azman

Adaptasi daripada cerpen Ragut oleh Isaac Ismael dalam buku Korban Cinta Remaja.

Ally (ejaan sebenar Ali) seorang remaja cicir sekolah yang pakar dalam kegiatan meragut. Selalu sahaja dia lolos daripada dicekup. Tinggal berdua bersama kakak kandunganya, Maria setelah kematian ibu bapa mereka membuatkan dia menjadi seorang yang over protective. Baginya, Maria adalah segala-galanya.

Disebabkan oleh satu rahsia, Ally bertukar kerjaya menjadi seorang pembunuh upahan. Kerjaya baharu itu bukanlah mudah baginya. Bosnya seorang yang penuh misteri meletakkan keyakinan yang tinggi kepadanya. Buktinya, dia tidak pernah gagal.

Namun, Ally tidak sedar bahawa keputusan yang dibuatnya itu akan dibayar dengan harga yang sangat mahal. Satu pengorbanan yang amat perit buat dirinya.

Apakah dia masih punya masa untuk tamatkan segalanya? Atau dia perlu menghabiskan apa yang telah dia mulakan?

The post Ragut (Filem Pendek) appeared first on Terfaktab.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 5

Latest Images

Trending Articles





Latest Images